PUISI BUAT SUAMI
Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…
Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…
Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…
Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…
Kiriman:
Nur Hikmah
Sumber: Majalah
Republished by Blog Post Promoter
Incoming search terms:
- puisi buat suami
- puisi cinta buat suami
- puisi cinta untuk suami
- puisi untuk suami
- MADAH CINTA BUAT SUAMI
- puisi cinta terindah buat suami tercinta
- koleksi sajak ulangtahun perkahwinan
- sajak buat suami tercinta
- surat buat suami hari lahir
- puisi buat suami tercinta



salam.. sudah lama mencari sajak ini.. akhirnya berjumpa.. banyak lagi sajak2 menarik ini.. akhir2 ni minat pulak dengar sajak.. mmg best. terkesan di hati
baru pertama kali baca……terus jatuh cinta
apabila diri ini membaca puisi ini terasa semangat kembali ingin terus hidup bersama suami tercinta..oleh kerana manis pahit itu ada lah racun dan penawar…hidup bersama dan itulah kita kena berkongsi bersama..
ungkapan hati sang istri pada suami. nice puisi
puisinya boleh juga
So Nice