15 Responses to “Pantun Kepahlawan”

  1. Seri Banang says:

    Kalau tuan turun ke laut,
    Turunlah semasa bulan terang,
    Di mulut naga lagi ku rebut,
    Inikan pula di tangan orang.

  2. delima says:

    biar mati anak, jangan mati adat… keep in touch

  3. Zaid Onn says:

    Apa diharap padi seberang,

    entah berbuah entahkan tidak,

    entah dimakan pipit melayang;

    apa diharap keris tersayang,

    entah bertuah entahkan tidak,

    entah maruah bertambah hilang!

  4. Jarum Sutera says:

    Besi bukan sebarang besi,
    Besi datang dari Kedah,
    Kalau penumbuk aku dah pegi,
    Baru tinggal gusi dengan lidah.

    Keledek bukan sebarang keledek,
    Keledek datang dari Parsi,
    Pendek bukan sebarang pendek,
    Urat dawai tulang pun besi.

    (petikan pantun dari filem melayu klasik dan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)

    • taming sari says:

      Anak ayam disambar helang,
      Dibawa pula ke tanjung tirani,
      Taming sari bukan kepalang,
      Cuba bertikam kalau berani.

  5. zIh keYeN ^_^ says:

    ThAnKzzZZz ya…^_^

  6. TuahBugis says:

    Pokok mangis tumbuh melata
    Benih di semai tanah dijaga
    Adat Bugis kata di kota
    Janji di tunai maruah dijaga

    Nira mangis dibuat gula
    Gula di takar lama disimpan
    Semangat bugis bara menyala
    Tidak gentar di barisan hadapan

    Cincin permata indah gubahan
    Sama di-utus kayu cendana
    Adat budaya usah di-ubah
    Kalau putus sambungkan nyawa

    • Jamily says:

      Mari dicanai emas berharga
      Buat kekanda agar bahagia
      Janji ditunai maruah dijaga
      Itulah tanda adat mulia

      Memang benar sarang tabuan
      Jangan kawan jadi sasaran
      Memang benar katamu Tuan
      Semangat pahlawan zaman berzaman

      Kalau diutus warkah dibawa
      Baca bismillah mula biasa
      Kalau putus sambungkan nyawa
      Hanya Allah empunya kuasa

      pantun biasa je ni…harap dapat diterima kawan ya

  7. Uji says:

    Puisi tentang cinta

  8. ujong tanah says:

    anak raja turun ke kota
    mahu berjumpa rakyat jelata
    kalau benar bagai di kata
    mari kita berpencak senjata

    tumbok lada senjata lama
    mainan pendekar dahulu kala
    jangan cuba merosak agama
    itu tandanya menanti bala

    • Jamily says:

      Lain dulu lain berita
      Tapi sekarang tiada bandingan
      Kalau dulu berpencak senjata
      Tapi sekarang ke meja rundingan

      Ikan keli umpan durian
      Makan juga si ikan toman
      Jangan sekali berlaku demikian
      Pasti jaga agama dan iman

      baru masuk laman ni tengok2 boleh juga balas try2 je salah jgn marah haa…

  9. siti syuhada jaafar sidek says:

    hang tuah hang jebat
    dua-dua pahlawan melaka
    negara merdeka rasa selamat
    jangan pula jadi pendehaka

  10. nurul says:

    mau puisi pahlawan tpi mearik dmana ea????????????

  11. nizarema says:

    potong2 roti,diolesi mentega
    jepang sudah mati indo. Merdeka

Leave a Reply