Syair Siti Sianah
Posted On Sunday, December 23, 2012 By Peminat Puisi. Under Puisi Tradisional Tags: Syair Siti Sianah
Syair Siti Sianah
Setengahnya perempuan terlalu janggalnya ,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.
Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada berhingga.
Setengah ...
Gurindam Menghindari Hasad Dengki
Posted On Friday, December 21, 2012 By Peminat Puisi. Under Puisi Tradisional
Hasad dengki racun masyarakat
jangan dibiar meruntuh muafakat.
Besar bahaya penyakit hati
jiwa kotor hendaklah diubati.
Kalau melihat kesenangan orang
baik berusaha menambah yang kurang.Kalau gagal dalam persaingan
bangkit semula bermusuh jangan.
Kalau jawatan terlepas di tangan
hormati ...
Gurindam Dua Belas ~ Raja Ali Haji
Posted On Wednesday, December 19, 2012 By Peminat Puisi. Under Puisi Tradisional
Gurindam I
Ini gurindam pasal yang pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia ...
Syair Nur Alam Syah Lela Putera
Posted On Monday, December 17, 2012 By Peminat Puisi. Under Puisi Tradisional Tags: Puisi Melayu Tradisional, Syair Nur Alam Syah Lela Putera
Syair Nur Alam Syah Lela Putera
Adapun fakir mengarangnya ini,
Bukan kerana hendak dipuji,
Wallah tidak sekali-kali,
Kerana melainkan hati sendiri.
Terlebih dahulu fakir berkata,
Kepada pembaca saudara beta,
Mana-mana terkhilaf tutur dan kata,
Ampun dan maaf dipinta. ...
Gurindam Zaman Maju – Pendita Za'ba
Posted On Sunday, December 16, 2012 By Peminat Puisi. Under Puisi Tradisional Tags: Contoh Gurindam, Gurindam, Gurindam Zaman Maju, Pendita Za'ba
Zaman Maju
Aku dan kamu,
hidup sekarang pada zaman maju,
Zaman pendapat baharu, fikiran baharu,
Tidak lagi seperti dahulu,
Zaman kebebasan dan perkembangan ilmu,
Manusia tidak lagi boleh diperlembu!
Buangkanlah segala perasaan kuno,
Segala fikiran beku yang keras ...

