Koleksi Puisi : Melayu Yang Perkasa
Posted On Sunday, May 19, 2013 By Peminat Puisi. Under Variasi Puisi
Melayu yang perkasa
semangat kerjanya membara
bagai air terjun Niagara
tidak alpa dengan kemewahan melanda.
Melayu yang perkasa
retoriknya tidak perlu berjela
sehingga membakar dunia
biar sederhana
yakin dan mampu untuk dikota
setiap janji kepada bangsa.
Melayu yang perkasa
tidak perlu ...
Koleksi Puisi : Andainya (Ahmad Sarju)
Posted On Sunday, May 19, 2013 By Peminat Puisi. Under Variasi Puisi Tags: Ahmad Sarju, Penyair, penyajak, puisi, sajak
Andainya laut itu selalu tenang
jurumudi akan kehilangan keberaniannya
kelasi menjadi bisu
pelayaran menjadi terlalu berat
meninggalkan perlabuhan hakikat.
TERIMA KASIH CIKGU
Baca, tulis dan kira...
Kau ajarkan..kau juga yang tunjukkan...
Bagaimana menjadi insan berguna...
Kau bukakan pintu...tunjukkan jalan...
Di saat kaki tersadung...
Kau hulurkan tangan...bawa jalan bersama...
Pabila diriku buntu mencari diri
Kau hadir memberi sinar...
Ilmu ...
Sudah Sekian Bulan ~ Mohd Adid
Posted On Saturday, May 18, 2013 By Peminat Puisi. Under Variasi Puisi
Sudah sekian bulan hayatku melangkah
di jalan tahun ini menggendong harapan
yang setangkai
menggenggam hati emas
akhlak dan jati diri.
Aku akan terus melangkah
di jalan masa
merempuh segala kepahitan cabaran
dengan sejuta tanah
sampai tangan memiliki
harapan jadi realiti.
MOHD ...
Belakang Mati 4 ~ Salleh Ben Joned
Posted On Saturday, May 18, 2013 By Peminat Puisi. Under Variasi Puisi
Di depan: segala kemungkinan
bagi mereka yang mungkin
di belakang: di *p-%t@-
kota sundal ini
kemungkinan ghairah-ngeri
dalam lorong gelap-sempit
jalan mati
bagi mereka yang terpaksa
ghairah bermati-mati
di belakang
kerana terbelakang
belakang mati!
belakang mati!
mati
di belakang hari
belakang
kira
~ Salleh Ben Joned

